Setidaknya aku mencuba
Aku pernah cuba melupakan. Aku pernah cuba tidak mahu kembali ke masa itu, masa lalu yang penuh dengan kebohongan. Ternyata rasa ingin bersama itu satu kebohongan yang aku lalui. Trauma. Aku menganggap semua lelaki begitu. Entah sampai bila tapi aku takut. Berkali aku katakan pada diri sendiri bahawa taksemua lelaki seperti itu. Taksemua mereka jahat. Mereka ada yang baik. Namun aku begitu gemuruh. Aku tak mahu lelaki yang aku cintai begitu murahnya mencintai pilihan yang lain. Secara khusunya menduakan atau lebih kesat, curang. Aku faham kalau masa yang aku ada tak semuanya untuk lelaki yang aku cintai. Aku takpernah mengungkap rasa cintaku. Bahkan ungkapan "i love you" di akhir perbualan juga tidak pernah aku utarakan. Bodoh bukan? Terlalu ego. Entah sampai bila. Mungkin aku sering lupa bahawa perkataan itu sewajarnya diungkap. Tapi kenapa? Pertanyaan itu sering berlegar di benak hati serta fikiran yang membelengguh. Aku percaya kalau ungkapan itu tidak semestinya di sebut...