✎ Semuanya selesai, syukur.
Tuesday, December 19, 2023 | December 19, 2023 | 0 comments ✉

 Bismillah,


Penulisan kali ini agak janggal. Saya menulis dengan tiba-tiba sambil mendengarkan lagu Kala Sang Surya Tenggelam. Meskipun lagu ini dikenali sebagai lagu daripada "Gadis Kretek" tapi saya yakin, lagu ini terpahat sebagai satu lagu nostalgia daripada Chrisye.


Begitu pun, saya masih lagi dalam perasaan gembira, sedih dan tidak menyangka bahawa sebenarnya saya sudah pun tamat sarjana. Dalam kesempatan ini, saya hadiahkan semua terima kasih kepada semua manusia yang menjadi karakter terhebat dalam perjalanan saya menuju satu impian, dua garis jubah sarjana.


Ada beberapa hal yang masih belum saya capai, ada lagi yang masih belum puas dalam diri saya dan entah mengapa, segala perasaan itu hanya diceritakan pada diri sendiri. Mungkin juga faktor usia. Malahan, dalam keadaan ini, saya ada sedikit malu untuk bertemu mereka yang sudah mencapai lebih banyak pencapaian. Bukan kerana cemburunya tapi kerana malu, entah saya ada apanya. Entah-entah sayalah yang belum ada apa-apanya. Namun, merekalah antara sumber inspirasi.


Saya abadikan di dalam cerita ini, semoga yang membaca juga mencapai impian dan cita-cita yang diinginkan. Penuh rasa sabar dalam setiap perjalanan, dengan izin Allah, pasti semuanya baik-baik saja.


Cinta dan kasih,

Afifah.