Posts

Showing posts from January, 2020

aku membaca puisi lamamu

Image
Setelah hampir setahun kita tidak lagi berbalas puisi, aku harap kamu baik-baik saja dengan kehidupanmu sekarang. Aku sering dan terlalu sering mencari alasan untuk tidak mencarimu lagi tapi akhirnya aku tewas. Aku masih mencari dengan harapan kali ini puisimu masih tentangku. Kamu selalu bilang yang aku adalah orang yang sangat bekerja keras. Aku adalah orang yang sangat mementingkan orang lain berbanding diriku sendiri. Aku juga antara orang-orang yang selalu dicari oleh sesiapapun kerana itulah aku, seorang yang begitu lincah. Kemudian pada hari ini aku menyedarinya bahawa kamu mungkin sudah lama memberikan maksud di sebalik pujianmu itu. Kita tidak seiring, kita tidak satu hati dan jiwa. Kenapa baru sekarang? Aku belum pulih dari puisimu. Aku masih terbuai oleh puisi bangsatmu.

Orang bilang, semoga baik-baik saja

Image
Orang bilang, semoga baik-baik saja yang datang kepadamu dan aku mengatakan terima kasih atas doa-doa itu dan semoga ianya kembali kepadamu. Aku sering lupa akan mengucapkan kembali hal yang sama kepada yang mendoakan. Kadang jadi malu apabila orang lain mengatakan begitu. Kenapa tidak kita mulakan saja? Setiap yang mendoakan, aku berasa syukur kerana masih punya orang yang mengingati soal diriku. Aku akhirnya tahu bahawa setiap kejadian yang berlaku terhadap kita adalah kerana orang-orang sering mendoakan. Terutama ibu ayah. Aku yakin itu. Pernah dulu sewaktu aku masih mengharap cinta yang entah, mungkin tidak kesampaian, aku berdoa agar Tuhan pertemukan aku dengan orang yang benar dan ikhlas. Aku beritahu ibu soal ini dan katanya, "kamu belum sesuai dan kamu tidak boleh ada hubungan cinta". Aku sedih. Kenapa tidak boleh? Ibu tidak suka, aku tunduk. Kemudian, lelaki itu akhirnya mencintai orang lain di belakangku. Pedih. Aku menangis. Dari saat itu, Tuhan sebena...

ada sesuatu dalam dirimu

Image
Hari ini aku menulis lagi kerana dengan menulis segala belengguh yang aku rasakan dapat diluahkan. Walaupun mungkin tidak semua tapi setidaknya dapat mengurangkan rasa yang tidak enak dalam diriku sendiri. Cuaca tidak begitu panas, tidak juga begitu dingin. Aku suka. Kelmarin juga sama cuma angin begitu kuat menendang segala isi bumi. Metaforaku sukar difahamkan bukan? Sejak beberapa hari ini perasaanku ada saja yang tidak senang. Ada saja yang menganggu seakan aku saja yang bersalah, aku saja yang tidak baik, aku saja yang bangsat. Cuma apa yang boleh aku katakan dengan penulisan kali ini adalah, aku sudah mencuba beberapa perubahan untuk diri sendiri. Ya, beberapa sahaja. Perlahan-lahan. Aku selalu mahukan perubahan pada diri sendiri dan entah kenapa kali ini aku merelakan saja yang pergi. Aku biarkan saja sesiapa yang tidak menyukaiku untuk pergi kerana buat apa mereka tetap tinggal kalau menyakitkan. Mudah saja prinsip untuk berkawan. Kalau kiranya kita tidak s...