Posts

Showing posts from October, 2020

Bertahan

Hubungan yang begini jauh kita sama-sama impikan dan kita sama-sama bina hancur begitu sahaja. Katanya sayang, katanya rindu tapi kita akhiri dengan kata sama-sama ingin sembuh. Entah, sembuh dari apa. Entah juga, apa yang menyakitkan hati sehingga kita berdua ingin berpisah. Mungkin salah kita tidak pernah bertanya mana silap, mana hati yang berubah. Kita cuma melihat dam merasakan semuanya berubah dengan mata bukan dengan hati. Setiap hari, saya menikmati perasaan sendiri. Sendu dan hampa lalu menangis. Bagaimana saya bertahan dengan rasa yang begitu rapuh? Saya sendiri tidak bisa bertahan dengan ini semua. Apa kamu bisa? Saya bilang saya begitu baik-baik sahaja setelah kamu pergi. Tapi saya benar-benar lumpuh rasa. Saya menerima jika kamu inginkan masa untuk perlahan mencuba untuk membaiki semuanya. Tapi mungkin sudah masanya untuk saya menerima kamu pergi dan begitupun rasa yang selama ini saya simpan. Biarlah, untuk kebaikkan berdua, kita sama-sama tahan untuk jiwa yang tidak kesa...

Untuk laki laki yang pernah saya cintai

 Episod 1 : Ketika masih muda Untuk laki laki yang pernah saya cintai, ketika masih muda, saya berasa begitu bahagia dengan kehadiran kamu sebagai kekasih. Tidak pula saya tahu bahawa kehadiran kamu hanyalah sebagai pengajaran pertama dalam kisah cinta yang mungkin akan saya ingat hingga nanti pun. Mungkin ingatanku bukan kepada kamu tapi kepada kenangan-kenangan yang pernah kita lalui bersama. Kenangan yang saya tidak pernah lakukan, tapi dengan kamu, saya berani melakukannya. Kita sama-sama menunggu khabar melalui pesanan ringkas yang dahulunya begitu penting. Sebegitu indahnya masa muda ku denganmu. Hampir setahun bersama, kita memutuskan untuk saling berjauhan, saling tidak mahu lagi bersama. Entah, ketika itu, saya hampir lemas dengan perasaan sendiri tapi saya mahu kerana waktu itu masa muda saya sendiri, ingin melihat dunia lebih dekat. Terima kasih pernah menceriakan saya di masa muda.