kenyamanan tidak lagi ada
ambil masa sedikit untuk mencari inspirasi kerana hari ini tidak lagi indah. aku pernah berjanji untuk setia, selamanya bersama dan berjanji untuk saling bertukar cerita walaupun hari yang begitu penuh dengan kesibukkan masing-masing. untuk kesekian kali terluka, aku berjaya menemukan seseorang yang bisa mengubat hatiku menjadi lebih baik, lebih faham erti mencintai dan paling aku kagumi, sehingga yakin dialah bakal suami yang akan membimbingku. kadang bermimpi dia menjadi imamku solat, menjadi ayah pada anak-anak dan menjadi yang pertama ketika semuanya rapuh. tapi aku sendiri menghancurkannya. atas apa? atas kedukaan diri ku sendiri. mencari tahu dalam masa yang panjang dan akhirnya aku temukan bahawa aku sendiri sedang berperang dengan diriku sendiri. aku lemah sendiri tanpa siapa pun yang tahu. aku cuba untuk bercerita kepada semuanya tapi sayang, tiada satupun yang memahami. apa yang mereka tahu cuma - "jangan bersedih". sungguh! aku bukan bersedih. jauh sekali terlalu b...