Posts

Terima kasih.

 Assalamualaikum. Saya rasa, ini adalah post terakhir saya dalam blog ini kerana saya rasa cukup untuk menulis dan meluahkan apa yang terbuku dihati. Saya rasa medium ini tidak lagi sesuai untuk saya. Ada banyak benda yang perlu difokuskan dan mungkin juga sudah matang, saya lebih suka tidak bercerita. Sesungguhnya blog ini memberikan banyak makna dan kenangan kepada saya terutamanya ketika saya baru sahaja belajar untuk explore dunia teknologi dan disini juga saya berkawan dengan ramai blogger dari semenanjung dan sabah juga. Mungkin sekarang mereka pun sudah bahagia dengan hidup mereka dan ada juga yang sudah meninggalkan kita selamanya. Saya masih ingat, tiap kali balik dari sekolah, saya terus ke meja komputer, buka blog dan terus menulis. Kalau bukan menulis pun saya akan belajar cara untuk design blog tanpa guna template dari blogger. Masa tu saya rasa terpaling hebat sebab hafal dan ingat coding. Dan, saya juga menulis tentang crush lama di blog ini. Sekarang saya sudah beru...

setelah sekian lama

 bismillah. penulisan kali ini juga masih janggal seperti mana entri lalu. saya menulis dengan perasaan yang bercampur baur. entah itu suka atau sedih atau mungkin juga kecewa. sekian lamanya saya tidak bercerita seperti mana dulu lagi, saya rasa ada yang kurang. kadang-kadang mahu kembali pada minat tapi rasanya dunia tidak sama seperti dulu. 2024 - saya kehilangan seseorang yang begitu bermakna dalam hidup saya. malahan, saya terlalu lama bersedih. saya berasa kecewa kerana masih banyak hal yang perlu saya ceritakan kepada dia dan saya rasa ini sungguh tidak adil. 2025 - saya berkahwin. itu sahaja.

Semuanya selesai, syukur.

Image
 Bismillah, Penulisan kali ini agak janggal. Saya menulis dengan tiba-tiba sambil mendengarkan lagu Kala Sang Surya Tenggelam. Meskipun lagu ini dikenali sebagai lagu daripada "Gadis Kretek" tapi saya yakin, lagu ini terpahat sebagai satu lagu nostalgia daripada Chrisye. Begitu pun, saya masih lagi dalam perasaan gembira, sedih dan tidak menyangka bahawa sebenarnya saya sudah pun tamat sarjana. Dalam kesempatan ini, saya hadiahkan semua terima kasih kepada semua manusia yang menjadi karakter terhebat dalam perjalanan saya menuju satu impian, dua garis jubah sarjana. Ada beberapa hal yang masih belum saya capai, ada lagi yang masih belum puas dalam diri saya dan entah mengapa, segala perasaan itu hanya diceritakan pada diri sendiri. Mungkin juga faktor usia. Malahan, dalam keadaan ini, saya ada sedikit malu untuk bertemu mereka yang sudah mencapai lebih banyak pencapaian. Bukan kerana cemburunya tapi kerana malu, entah saya ada apanya. Entah-entah sayalah yang belum ada apa-ap...

tamat sarjana

 Alhamdulillah, syukur! pada akhirnya saya telah tamat pengajian selama dua tahun sebagai seorang pelajar sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selama ini saya ingatkan sememangnya saya tidak boleh tetapi akhirnya saya sampai di tahap yang saya yakin saya BOLEH. Banyak ucapan terima kasih yang tidak dapat saya gambarkan san sampaikan kepada semua. TERIMA KASIH semua yang ada disekeliling, dihati dan juga dimana-mana!

surat dari hati

 Akhirnya, dengan penuh halangan saya berjaya menulis lagi. Sejujurnya masih ada rasa ingin menulis. Sambil mendengarkan playlist piano yang saya pin-kan pada ruang tab dan secawan kopi ais meskipun cuaca di luar hujan dan dingin. Saya juga pernah berada di fasa yang hanya menulis dapat meluahkan segala perasaan. Tapi sayangnya, kadang-kadang menulis memerlukan tenaga untuk berfikir. Saya takut kalau saya menulis, segala perkataan yang tidak sopan dan kurang baik akan disalah tafsir. Apa yang berbeza dari tahun sebelumnya, saya semakin menjadi lebih faham akan banyak perkara. Lebih banyak menghabiskan waktu dengan beberapa orang sahaja dan ternyata orang itu sama sahaja dari dulu. Ada masanya saya lebih suka berdiam diri di rumah dan ada juga masanya saya ingin keluar melihat betapa besarnya ciptaan Allah - bunga yang mekar, pohon yang tinggi, langit yang kadang cerah kadang tidak. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahmaan 55:16)...

Menulis di antara suka dan duka

Sekian lama rasanya, menulis hanya tinggal satu alasan ketika sedang berduka. Tidak tahu duka apa yang dibawa tetapi sekian lama menghilang, ternyata menulis hanya untuk menyampaikan rasa duka. Sedangkan bila pun menulis itu, semua rasa harus ada. Emosi yang bergelora, menemani jari-jari menekan satu peratu abjad sambil menghirup air teh yang dibikin konon katanya untuk lebih "estetik". Sekian lama rasanya, ada kala rindu tulisan-tulisan lama. Ada tulisan yang masih menjadi satu kebanggaan "kenapa agaknya saya boleh menulis seperti ini?" dan ada tulisan yang menjadi kelucuan, senyuman sinis menyindir akan keberanian untuk dipertontonkan kepada umum "kenapa agaknya saya menulis selucu ini?". Dari situ kita faham, diri kita ini mempunyai banyak minat. Sama ada minat yang ditunjuk atau minat yang hanya kita sendiri tahu. Mungkin juga, dalam banyak-banyak minat itu, ada satu yang paling berharga. Contohnya, menulis. Tapi sungguh, begitu sayangnya, menulis han...

hitam, luka dan duka

Kau bersaksi tidak akan mengulangi luka dan duka yang pernah aku jamu dan tatap, kau berjanji tidak pernah akan menyakiti batin ku dan begitupun kau bilang hanya aku saja bintang yang paling bersinar. Langit-langit yang dulunya cerah kini menjadi hitam, mendung dan kusam. Diantara kita, ada yang masih tersisa.