✎ surat dari hati
Saturday, June 10, 2023 | June 10, 2023 | 0 comments ✉

 Akhirnya, dengan penuh halangan saya berjaya menulis lagi.


Sejujurnya masih ada rasa ingin menulis. Sambil mendengarkan playlist piano yang saya pin-kan pada ruang tab dan secawan kopi ais meskipun cuaca di luar hujan dan dingin. Saya juga pernah berada di fasa yang hanya menulis dapat meluahkan segala perasaan. Tapi sayangnya, kadang-kadang menulis memerlukan tenaga untuk berfikir. Saya takut kalau saya menulis, segala perkataan yang tidak sopan dan kurang baik akan disalah tafsir.


Apa yang berbeza dari tahun sebelumnya, saya semakin menjadi lebih faham akan banyak perkara. Lebih banyak menghabiskan waktu dengan beberapa orang sahaja dan ternyata orang itu sama sahaja dari dulu. Ada masanya saya lebih suka berdiam diri di rumah dan ada juga masanya saya ingin keluar melihat betapa besarnya ciptaan Allah - bunga yang mekar, pohon yang tinggi, langit yang kadang cerah kadang tidak.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

(Ar-Rahmaan 55:16)


Usia yang semakin bertambah, bukan hanya untuk memuaskan orang lain tetapi diri sendiri. Dulunya saya fikir bahawa memuaskan hati orang lain akan dapat memuaskan diri sendiri namun sebenarnya saya salah. Dahulukan perasaan sendiri. Adapun situasi yang memerlukan untuk mendahului perasaan orang lain, sayangilah diri sendiri terlebih dahulu.


/