Posts

Showing posts from December, 2019

aku hargainya, dua puluh sembilan belas

Image
silakan putarkan lagu dibawah dengan harapan penulisan kali ini punya rasa lebih mendalam. Pagi ini tiba-tiba punya rasa ingin menulis. Aku membuka tingkap dan langsir, melihat embun dan kabus belum surutnya hilang dan begitu pun perasaanku. Membuka blog yang kian tenggelam dengan jurnal penulisan lisan berbanding menaip segala rasa isi hati. Kita memang begitu bukan? perkara yang boleh saja diusahakan tapi malas. Aku juga sama. Mencapai usiaku 23 tahun pada hari terakhir ini aku sudah belajar banyak perkara. Sini, aku senaraikan. 1. Kita semua cuma bermain-main Maksudku di sini adalah kita bermain dalam permainan hidup. tak hanya itu, kita cuma bermain-main dengan apa adanya (selesa dengan semua hal). 2. Kita mulai risau dan resah akan kehidupan Aku pernah memikirkan soal ini sehingga rasa bersalah terhadap diri sendiri. Kenapa dulu tidak belajar? Kenapa dulu belum cukup ilmu aku sudah berasa cukup baik? Kenapa kini hanya dikira bangsat yang t...

hari ini, hujan

Semalam hujan, kemarin juga sama. Aku sendiri masih tidak tahu kenapa bilik ini begitu nyaman sekali. Bahkan, bilik ini seakan tempat ku untuk mendapat inspirasi sendiri. Aneh bukan? Aku tidak membuka langsir kerana ingin sepenuhnya merasakan bunyi-bunyi hujan yang jatuh di atas permukaan syiling bilik dan perlahan-lahan kedinginan menyelimutiku. Aku mulai beranggapan bahawa semua yang berlaku sebelumnya adalah hikmah untuk aku yang masih belajar menjadi manusia yang setidaknya baik dan sempurna di mata mereka yang telah meremehkan ku. Tidak aku sedari, hujan sudah berhenti. Mungkin kerana mimpi ku begitu indah hari ini sehingagakan untuk bangun dari katil sahaja membuatku begitu malas. Aku berfikir sejenak, "Apa esok aku harus lebih produktif?" xx