hari ini, hujan

Semalam hujan,
kemarin juga sama.

Aku sendiri masih tidak tahu kenapa bilik ini begitu nyaman sekali. Bahkan, bilik ini seakan tempat ku untuk mendapat inspirasi sendiri. Aneh bukan?

Aku tidak membuka langsir kerana ingin sepenuhnya merasakan bunyi-bunyi hujan yang jatuh di atas permukaan syiling bilik dan perlahan-lahan kedinginan menyelimutiku.

Aku mulai beranggapan bahawa semua yang berlaku sebelumnya adalah hikmah untuk aku yang masih belajar menjadi manusia yang setidaknya baik dan sempurna di mata mereka yang telah meremehkan ku.

Tidak aku sedari, hujan sudah berhenti. Mungkin kerana mimpi ku begitu indah hari ini sehingagakan untuk bangun dari katil sahaja membuatku begitu malas.

Aku berfikir sejenak,


"Apa esok aku harus lebih produktif?"

xx

Comments

Popular posts from this blog

aku sudah bergelar alumni!

Terima kasih.

aku membaca puisi lamamu