✎ Tulisan panjang
Setelah berabad, pada sekian kalinya dengan rasa yang begitu lega dan hembusan nafas yang ringan, aku merelakan semuanya untuk pergi. Memang bukan masa-masa yang mudah untuk aku merelakan tapi dengan kekuatan hati yang semakin mencengkam rasa dan perasaan, mungkin merelakan itu salah satu hal mengikhlaskan paling dalam.
Setelah berabad, tulisan panjangku bukan lagi yang kau baca ketika suram dan sunyi tapi kau baca fikiranmu sendiri. Tidak mengapa, itu bukan lagi urusanku kerana aku pun sudah merelakanmu untuk pergi.
Melihat tingginya burung berterbangan di awanan, melihat derunya air deras pada sungai yang mengaruskan aliran air, aku mulai sedar bahawa tidak semestinya hal-hal buruk saja yang perlu di tinggalkan tetapi juga hal-hal manis yang menjadi kegilaan pada pola fikiran. Yang manis itu terkadang paling menyakitkan. Jadi, tidak mengapa untuk ianya dibuang.
Tulisan panjang yang menjadi memori kita berdua akan ku hapus. Satu persatu dan akhirnya kosong. Semoga tulisan panjang yang kau bilang hanyalah imaginasiku menjadi keresahanmu pada malam yang mengingatkan perbualan kita berdua.
“Aku merindukanmu”
“Aku juga”
Itu yang kau rindu bukan?
/