✎ bayanganmu masih ada disebelahku
Tuesday, December 7, 2021 | December 07, 2021 | 0 comments ✉

Di saat semua orang lain sedang gembira dan bahagianya, aku di sini masih menunggu akan bayang-bayangmu yang mungkin akan menjadi nyata. Kerana masih ada sisa bayangmu yang menemaniku setiap jalan yang kupilih. Langkahku seperti masih ada bunyi langkahmu.

Namun, hal sekecil itu membuatku kecewa. Tidak pasti sama ada kekecewaanku itu adalah kerana tertipu dengan bayanganmu atau mungkin kekecewaanku kerana masih berharap. 

Kau bilang "nanti ada masa kita akan bersama" tapi setiap hari aku merasa jauh. Kita semakin jauh dan tidak terlihat sedikitpun bayangmu untuk bersama denganku.

Kau juga sempat bilang "aku merindukanmu" tapi setiap langkahku tidak terlihat dirimu yang ingin bersama. Mungkin sekarang ini orang bilang rindu untuk menyatakan tujuan mereka bahawa mereka akan pergi selamanya.

Ternyata sekecil itu kekecewaanku terbawa-bawa hingga tidurku lelah. Kamu ada di situ. Tidak tahu kamu sedang apa sekarang tapi semoga kamu baik-baik saja.


- fah


/